RASA SEJUTA CINTA

|0 comments




rasa sejuta cinta merembes ke dalam hati
disinari mentari
rasa seni

cinta itu bersemi bagai tidak mahu pergi
walau malam akan datang nanti
melitupi bumi ini


ramli abdul rahim
malaysia
21 september 2011








KASIH DAN SAYANG

|0 comments

Setiap yang bernyawa 
akan merasakan kasih sayang 
kerana itu fitrah makhluk 
kejadian tuhan 

ramli abdul rahim 20.09.2011

RASA CINTA

|0 comments
seorang pelacur
masuk syurga
justeru cintanya
pada seekor anjing




ramli abdul rahim
19 september 2011